Komisioner M Kumar

KUALA LUMPUR – Enam suspek kes penculikan melibatkan wang tebusan RM7 juta di Petaling Jaya, Selangor, 17 Julai lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pagi esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kesemua lelaki tempatan itu akan dituduh mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 iaitu menculik untuk wang tebusan.

Jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah mengesahkan mengesahkan telah selesai menjalankan siasatan terhadap lapan suspek kes penculikan melibatkan wang tebusan rm 7 juta, sebagaimana dilaporkan berlaku di petaling jaya, selangor pada 17 julai 2026 yang lalu,

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 24 Julai 2026,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut M Kumar, dua lagi suspek iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki tempatan telah dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dengan mengikat bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 18 Julai lalu, media melaporkan, polis menahan enam individu termasuk seorang wanita ditahan kurang 48 jam selepas menculik seorang lelaki dan meminta wang tebusan sebanyak RM7 juta dalam satu operasi khas di Selangor.

M Kumar berkata, pihaknya juga berjaya menyelamatkan mangsa. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Culik dan minta tebusan RM7 juta, enam individu ditahan polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast