KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-13 MalaysiaGazette sambil mendoakan portal berita ini terus menjadi wadah penyampaian maklumat yang berwibawa, berteraskan fakta, integriti dan profesionalisme.

Beliau turut mengharapkan MalaysiaGazette terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat serta mengekalkan standard kewartawanan yang tinggi.

Menurutnya, portal berita itu juga diharapkan terus menyumbang kepada pengukuhan demokrasi dan menyuburkan wacana yang membina demi kepentingan negara.

“Semoga terus menjadi rakan strategik dalam usaha membangun Malaysia MADANI,” katanya menerusi hantaran di laman X. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast