Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bergambar dengan penduduk bersama calon BN N.02 Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan calon BN N.01 Chennah, Siow Kong Choon (kiri) pada program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2026.

 

SEREMBAN – Keadaan di Wisma UMNO Negeri Sembilan semakin kecoh apabila para penyokong dan pimpinan Barisan Nasional (BN) dilaporkan memenangi kerusi DUN Chennah.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi, calon BN, Siow Kong Choon secara tidak rasmi memenangi kerusi berkenaan.

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan DUN Chennah yang dulu disandang oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke secara tidak rasmi milik BN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast