Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memadamkan api sebuah kilang pengumpulan bahan kitar semula di Kawasan Mahkota Beranang, Selangor yang terbakar. 2 OGOS 2026. Gambar Ehsan JBPM.

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang pengumpulan bahan kitar semula sisa plastik dan sisa industri di Kawasan Mahkota Beranang dekat ini terbakar hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.18 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih tiba di lokasi lima minit kemudian.

Menurutnya, operasi membabitkan seramai 30 anggota daripada BBP Semenyih dengan bantuan BBP Bangi, BBP Kajang dan BBP Nilai.

“Kebakaran memusnahkan 50 peratus bangunan kelas C berkeluasan 100 x 200 kp dan tiada mangsa dilaporkan terbabit. Kebakaran berjaya dikawal 6.46 pagi dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bahan buangan sisa industri dan plastik, menyebabkan operasi pemadaman dijangka mengambil masa melebihi empat jam berikutan timbunan sisa industri yang berlonggok selain sisa plastik mengeluarkan gas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast