Gambar IPD Pekan

KUANTAN – Pemandu pacuan empat roda yang menjadi punca kemalangan maut ragut tiga nyawa di Kilometer 67, Jalan Kuantan–Segamat berhampiran Chini pada 20 Jun lepas akan didakwa di Mahkamah Pekan, esok.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin ketika dihubungi mengesahkan lelaki berasal dari Kuala Krau, Temerloh itu akan dibawa ke mahkamah pagi esok.

“Ya. Suspek akan dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi esok di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Ketua Unit Forensik Hospital Segamat, Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, anaknya Dhea Sofia, 2, terbunuh selepas kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah pikap.

Turut terbunuh, pemandu Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) iaitu Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Cyberjaya, Azaharuddin Mohd Ali, 46.

Kemalangan turut menyebabkan tiga penumpang kereta dan dua penumpang MPV cedera.

Hasil siasatan polis mendapati, kemalangan dipercayai berlaku selepas pacuan empat roda terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat cuba memotong sebuah kenderaan lain.

Bagaimanapun ia dipercayai hilang kawalan serta terbabas ke lorong kanan lalu bertembung dengan kereta dan MPV dari arah bertentangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Doktor, bayi, pegawai kanan LHDN maut dalam nahas tiga kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast