KUALA LUMPUR – Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menafikan dakwaan tular yang menyatakan masih terdapat jemaah haji Malaysia yang berada di Arab Saudi selepas musim haji 1447H/2026M.

Menurutnya, semua jemaah haji Malaysia bagi Musim Haji 1447H/2026M telah selamat pulang ke tanah air mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.

“Tiada jemaah haji Malaysia yang masih berada di Arab Saudi di bawah pengurusan Musim Haji 1447H/2026M,” menurut pejabat itu menerusi satu kenyataan.

Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak disahkan, sebaliknya merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast