Seorang pelajar kolej maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, Muar hari ini.

MUAR – Seorang pelajar kolej maut dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke kampusnya di Kilometer 138.5, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Abd Aziz berkata, kemalangan itu berlaku pukul 5.48 melibatkan mangsa, lelaki tempatan berusia 19 tahun dari Johor Bahru menuju ke kampusnya di Tampin, Negeri Sembilan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan ke atas motosikal yang ditungganginya sebelum terbabas sendiri di lorong kanan lebuh raya.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya meminta sekiranya terdapat saksi kejadian untuk menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memastikan diri berada dalam keadaan cergas dan tidak mengantuk ketika memandu atau menunggang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast