Suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM3,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun e-dompet (e-wallet)

KUALA LUMPUR – Seorang anggota penjara direman selama enam hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai dorongan membawa masuk artikel larangan ke dalam penjara.

Perintah reman sehingga 10 Ogos itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira jam 11.50 pagi semalam di kediamannya di Sungai Petani, Kedah.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Mac lalu ketika bertugas di sebuah penjara di Melaka.

Jelasnya, suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM3,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun e-dompet (e-wallet) miliknya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast