KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi turun lima sen mulai esok.

Minyak RON97 dijual pada harga RM4.35 seliter dan RON95 tanpa subsidi dijual pada harga RM3.77 seliter manakala diesel tanpa subsidi pula dijual pada harga RM4.57 seliter.

Semua harga itu berkuat kuasa sehingga 12 Ogos ini.

Dalam pada itu, harga minyak bersubsidi kekal tidak berubah di mana RON95 bawah BUDI95 kekal RM1.99 seliter dan diesel menerusi BUDI Diesel terus dijual RM2.10 seliter.

Harga subsidi bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi masing-masing turut tidak berubah pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata, harga produk petroleum tanpa subsidi dipengaruhi oleh pergerakan harga minyak mentah di pasaran global sepanjang minggu lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast