Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

CHUKAI – Seorang kanak-kanak lelaki autisme ditemukan lemas selepas dihanyutkan ombak, ketika berada di tepi Pantai Kuala Kerteh dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh Pegawai Bomba Tinggi II Mokhtar Dollah berkata mangsa Muhammad Syahmi Farhan Mohd Firdaus, 6, dari Kerteh dekat sini ditemukan lemas oleh orang awam yang turut membantu operasi pencarian mangsa pada 5.43 petang.

Beliau berkata mangsa ditemukan pada jarak 30 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat bermain pasir di gigi air sebelum disedari hilang.

“Sebanyak lapan anggota dan seorang pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.43 petang.

“Anggota bomba menjalankan operasi pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan air pada jarak kira-kira 30 meter dari pantai di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mokhtar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast