Foto FB AFL.

KUALA LUMPUR – Dua pasukan, Imigresen FC II dan AAK Unisel FC melengkapkan senarai 14 pasukan bertanding dalam menambah saingan Liga A1 Semi-Pro bagi musim 2026/27.

Perkembangan itu diumumkan Liga Bolasepak Amatur (AFL) selepas pasukan itu berjaya melengkapkan prosedur diperlukan untuk berentap dalam saingan terbabit bagi musim baharu nanti.

AFL memaklumkan, Imigresen FC II dan AAK Unisel FC sebelum ini berada di dalam senarai menunggu dan perlu memenuhi beberapa kriteria di samping melengkapkan dokumentasi mengikut tempoh yang diberikan.

“Sebelum ini, 12 pasukan berjaya mengesahkan penyertaan bagi musim baharu dan empat pasukan berada dalam senarai menunggu untuk merebut dua lagi kekosongan.

“Selepas melalui proses semakan, Imigresen FC II dan AAK Unisel FC disahkan penyertaan bagi melengkapkan jumlah 14 pasukan menyertai Liga A1 Semi Pro 2026/2027,” kata AFL.

Sebagai rekod, AAK Unisel FC yang sebelum ini dikenali sebagai AAK Puncak Alam FC adalah semifinalis bagi Liga A2 Amatur untuk musim 2025.

Imigresen FC II pula berada di kedudukan ke-10 Liga A1 Semi-Pro pada musim lalu.

Saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/27 akan membuka tirai pada 28 Ogos dengan perlawanan pembukaan di antara Johor Darul Ta’zim II (JDTII) menentang USM FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast