PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan mempertahankan seluruh warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sekiranya mereka berdepan tekanan akibat perkembangan politik semasa.
Beliau berkata, penjawat awam tidak perlu takut selagi mereka menjalankan tugas mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.
“Saya tahu ada dalam kalangan anda mungkin dipanggil atau berdepan tekanan susulan pertembungan politik ini.
“Tetapi percayalah, selagi saya memegang amanah sebagai Menteri, saya beri jaminan setiap pegawai kementerian akan saya lindungi,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan KKDW, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid juga mengingatkan warga KKDW hanya perlu memberi tumpuan kepada pelaksanaan tugas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
“Teruskan berkhidmat mengikut peraturan dan saluran perundangan yang betul.
“The rest, leave it to me,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengakui terdapat segelintir penjawat awam berdepan tekanan susulan pertembungan politik yang sedang berlaku.
“Saya juga tahu, ada dalam kalangan anda mungkin dipanggil, berdepan tekanan susulan pertembungan politik ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya menghormati prinsip profesionalisme perkhidmatan awam dan tidak menjadikan penjawat awam sebagai mangsa persaingan politik.
“Apa juga dinamika politik yang berlaku, peranan penjawat awam tidak boleh diganggu-gugat. Penjawat awam ialah tiang seri kesinambungan negara.
“Saya juga tahu ada dalam kalangan anda mungkin dipanggil, berdepan tekanan susulan pertembungan politik ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















