Gambar AFA Prime

BENTONG – Satu kejadian pokok tumbang dilaporkan di kilometer 53.35 arah Barat, Lebuhraya KL–Karak (KLK), dari arah Bentong ke Lentang, di sini kira-kira jam 2.38 petang tadi.

Dalam kenyataannya, AFA Prime berkata, pasukan perondanya tiba di lokasi sejurus menerima maklumat kejadian dan melakukan kerja awal pengalihan pokok dengan dibantu oleh sebuah lori di lokasi.

“Kejadian tersebut pada awalnya telah mengakibatkan lorong kecemasan, lorong perlahan dan lorong laju terhalang.

“Trafik di lokasi turut dilaporkan sesak, dengan kesesakan memuncak sekitar jam 3.15 petang sebelum beransur pulih. Lorong kecemasan yang ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan dan pengalihan baki pokok tumbang juga telah dibuka semula pada jam 4.40 petang selepas lokasi dibersihkan sepenuhnya,” jelasnya.

Menurut AFA Prime, tiada kenderaan dan orang awam yang dilaporkan terjejas akibat kejadian itu, sebaliknya hanya kerosakan kepada aset iaitu ‘guardrail‘ di lokasi terbabit.

AFA Prima juga memaklumkan akan terus memantau kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan pengguna Lebuhraya KL–Karak.

Terdahulu, pengguna di laman Facebook memuat naik klip video rakaman papan litar pemuka kenderaan (dashcam) berdurasi 13 saat memaparkan kenderaan itu mengelak ke lorong kecemasan daripada terlanggar sebahagian pokok yang jatuh merentangi sepanjang empat lorong lebuh raya terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast