Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan menangguhkan prosiding pertuduhan dan pengambilan pengakuan membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke 27 Ogos.
Ini selepas dimaklumkan bekas Perdana Menteri itu sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan dijadual menjalani satu prosedur perubatan pada pukul 2 petang.















