Sekumpulan pelarian Myanmar dan warga asing di bahu jalan mencacatkan laluan berhampiran pejabat UNHCR ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 JUN 2026.

KUALA LUMPUR: Batalion Anak Muda (BAM) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kes kesalahan seksual membabitkan seorang individu kurang upaya (OKU) akal di Terengganu dan memastikan mangsa mendapat keadilan sepenuhnya.

Gesaan itu dibuat susulan penahanan tiga lelaki warga Myanmar di Kemaman semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Setiausaha Agung merangkap Pengasas Bersama BAM, M. Jay Raj A/L P. Muresh berkata, pihaknya tidak menghukum mana-mana individu yang ditahan kerana siasatan masih berjalan dan prinsip anggapan tidak bersalah perlu dihormati.

“Batalion Anak Muda tidak menghukum sesiapa sebelum mahkamah memutuskannya. Ketiga-tiga individu ini masih dalam siasatan dan kami menghormati prinsip anggapan tidak bersalah sepenuhnya.

“Kami menyebut insiden ini bukan untuk menuding jari kepada mana-mana individu, tetapi sebagai peringatan kepada kerajaan bahawa ketiadaan kawalan pergerakan yang berkesan mewujudkan ruang untuk perkara-perkara sebegini berlaku kepada sesiapa sahaja, oleh sesiapa sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya bimbang ketiadaan mekanisme kawalan pergerakan dan pemantauan yang berkesan boleh menimbulkan risiko terhadap keselamatan awam.

Sehubungan itu, BAM menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan mewujudkan zon khas pelarian yang lebih terkawal, selain mengehadkan pergerakan pelarian berdaftar ke kawasan tertentu bagi memudahkan pemantauan.

Cadangan berkenaan jelas beliau bukan bertujuan menghukum pelarian, sebaliknya memastikan aspek keselamatan dapat diurus dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu, BAM turut menggesa kerajaan memberikan penjelasan mengenai hala tuju dasar pengurusan pelarian Myanmar di Malaysia, khususnya susulan pengumuman negara itu bersetuju menerima semula 5,000 pelarian dari Malaysia.

KUALA LUMPUR: Batalion Anak Muda (BAM) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kes kesalahan seksual membabitkan seorang individu kurang upaya (OKU) akal di Terengganu dan memastikan mangsa mendapat keadilan sepenuhnya.

Gesaan itu dibuat susulan penahanan tiga lelaki warga Myanmar di Kemaman semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Setiausaha Agung merangkap Pengasas Bersama BAM, M. Jay Raj A/L P. Muresh berkata, pihaknya tidak menghukum mana-mana individu yang ditahan kerana siasatan masih berjalan dan prinsip anggapan tidak bersalah perlu dihormati.

“Batalion Anak Muda tidak menghukum sesiapa sebelum mahkamah memutuskannya. Ketiga-tiga individu ini masih dalam siasatan dan kami menghormati prinsip anggapan tidak bersalah sepenuhnya.

“Kami menyebut insiden ini bukan untuk menuding jari kepada mana-mana individu, tetapi sebagai peringatan kepada kerajaan bahawa ketiadaan kawalan pergerakan yang berkesan mewujudkan ruang untuk perkara-perkara sebegini berlaku kepada sesiapa sahaja, oleh sesiapa sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya bimbang ketiadaan mekanisme kawalan pergerakan dan pemantauan yang berkesan boleh menimbulkan risiko terhadap keselamatan awam.

Sehubungan itu, BAM menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan mewujudkan zon khas pelarian yang lebih terkawal, selain mengehadkan pergerakan pelarian berdaftar ke kawasan tertentu bagi memudahkan pemantauan.

Cadangan berkenaan jelas beliau bukan bertujuan menghukum pelarian, sebaliknya memastikan aspek keselamatan dapat diurus dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu, BAM turut menggesa kerajaan memberikan penjelasan mengenai hala tuju dasar pengurusan pelarian Myanmar di Malaysia, khususnya susulan pengumuman bahawa Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian mereka dari Malaysia.

“Tidak lama dulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Myanmar telah bersetuju untuk menerima balik 5,000 pelarian Rohingya dari Malaysia. Rakyat bernafas lega , akhirnya ada tindakan. Kemudian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil tampil menyatakan bahawa Malaysia tidak akan memulangkan mereka sekiranya nyawa mereka terancam di Myanmar.

“Kita faham bahawa tidak semua isu boleh diselesaikan dengan satu pengumuman. Tapi rakyat berhak tahu kalau pemulangan tidak boleh dilaksanakan, apa alternatifnya? Berapa lama lagi? Siapa yang memikul kos ini?,” soalnya.

Jay Raj berkata, kenyataan “sedang dikaji” dan “sedang dinilai” bukan jawapan yang memadai selepas bertahun-tahun isu ini berlarutan.

Oleh itu, katanya, BAM mengulangi cadangan supaya kerajaan menetapkan garis masa yang jelas bagi proses pemulangan ke Myanmar atau penempatan di negara ketiga.

Selain itu, BAM menggesa tindakan undang-undang diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan jenayah serius, tanpa mengira latar belakang.

BAM menegaskan isu pelarian perlu ditangani secara teliti, terancang dan bertanggungjawab, dengan mengambil kira aspek keselamatan rakyat serta kebajikan semua pihak.

“Kesukaran sesebuah isu bukan alasan untuk tidak bertindak. Ia adalah sebab untuk bertindak dengan lebih teliti, lebih terancang dan lebih bertanggungjawab,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast