Asnorawati Abdul San yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. - Foto IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kalansanan, Inanam, di sini, pada Sabtu lalu.

Polis Daerah Kota Kinabalu dalam satu kenyataan memaklumkan, remaja berkenaan dikenali sebagai Asnorawati Abdul San.

Menurut kenyataan tersebut, remaja terbabit dilaporkan keluar dari rumah kira-kira pukul 4 petang pada 8 Ogos lalu dan sehingga kini masih belum ditemui.

Tambahnya, kali terakhir remaja berkenaan dilihat bapanya adalah pada hari sama kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum bapanya keluar bekerja.

“Usaha mencari penama di sekitar Kampung Kalansanan, Inanam dan rumah rakan-rakannya telah dijalankan, namun masih gagal dikesan,” kata kenyataan tersebut.

Menurut hebahan itu, remaja berkenaan mempunyai ciri fizikal berkulit hitam manis, muka berbentuk bulat, kening tebal dan rambut hitam paras bahu serta kali terakhir dilihat memakai tudung.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja itu diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau SM Rosmah Pg Hashim di talian 011-31677612. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast