Perobohan struktur tanpa kebenaran di Setiawangsa.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 struktur tanpa kebenaran yang dibina di atas rezab jalan awam di sekitar Pasar Pagi Terbuka, Jalan Rejang, Setiawangsa diroboh menerusi Operasi Bersepadu TEBAH oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

DBKL berkata, tindakan perobohan dilaksanakan mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 terhadap struktur yang didirikan tanpa kelulusan.

“Selain itu, sebanyak dua tindakan sita telah dilaksanakan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, DBKL berkata, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor.

DBKL menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang membina struktur tanpa kebenaran di atas rezab jalan awam bagi memastikan keselamatan serta kepentingan orang ramai terus terpelihara.

“DBKL akan terus melaksanakan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

“Orang awam yang mempunyai aduan atau maklumat berkaitan boleh menyalurkannya kepada DBKL melalui saluran rasmi yang disediakan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast