Seorang anggota penguat kuasa direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM190,000 daripada sebuah syarikat pembungkusan minyak masak. Foto SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang anggota penguat kuasa direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM190,000 daripada sebuah syarikat pembungkusan minyak masak.

Ia didakwa sebagai balasan membantu proses permohonan kuota subsidi minyak masak daripada sebuah kementerian serta tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas syarikat itu.

Perintah reman selama tiga hari sehingga Ahad ini terhadap suspek dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Mohd Shazmeer Zamhari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah ditahan sekitar jam 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Taiping.

“Siasatan awal mendapati, suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara tahun 2022 hingga 2026 dan  telah menerima wang rasuah melalui 19 keping cek yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi miliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast