Gambar ihsan bomba

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas tudungnya terbelit di roll gate di Kunci Air Grand Sabak Hotel dekat sini hari ini.

Mangsa seorang kaktangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berusia 56 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas Kawasan kunci air.

Siasatan awal mendapati tudung mangsa terbelit di roll gate dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.35 petang.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam bergegas ke lokasi.

Ashrul Riezal berkata, ketika ini pihaknya menunggu siasatan dari polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast