Beginilah keadaan rumah teres dua tingkat di Alam Damai, Cheras yang musnah 100 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi kerana dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan elektrik (EV) sedang dicas di foyer rumah. Gambar: Ihsan JBPM.

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah teres dua tingkat di Alam Damai, Cheras, di sini musnah 100 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan elektrik (EV) yang sedang dicas di foyer rumah.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Penguasa Bomba (I) Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 20 x 60 kaki persegi.

Beliau berkata,  tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras dengan bantuan BBP Sungai Besi dan BBP Bandar Tun Razak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pukul 5.03 pagi.

Menurutnya, operasi membabitkan jentera FRT-2, LFRT-1, Water Tanker-1 dan EMRS-1 dengan kekuatan keseluruhan 22 anggota.

Operasi pemadaman dan pemeriksaan keselamatan tamat sepenuhnya pada pukul 6.41 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here