Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam sidang akhbar hari ini.

SHAH ALAM – Enam sindiket pengedaran dadah pelbagai jenis bernilai RM37.5 juta berjaya ditumpaskan menerusi enam siri serbuan di sekitar Lembah Klang dan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 4 hingga 17 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, operasi berkenaan membawa kepada rampasan 96.151 kilogram (kg) bunga ganja, 408.637kg syabu, 87.984kg heroin base dan 7.725kg kokain.

Katanya, seramai 12 individu terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita berusia antara 22 hingga 54 tahun turut ditahan.

“Tujuh lelaki yang ditahan terdiri daripada seorang warga tempatan dan enam warga asing, manakala lima wanita terdiri daripada dua warga tempatan dan tiga warga asing.

“Tangkapan dan rampasan ini membuktikan kewujudan sindiket pengedaran dadah berskala besar yang aktif dan terancang serta memberi ancaman serius kepada masyarakat,” katanya ketika sidang media di Mes Pegawai IPK Selangor, di sini hari ini.

Datuk Shazeli Kahar dalam sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, serbuan pertama pada 4 Ogos lalu dilakukan di sebuah premis di Ampang yang membawa kepada rampasan 150 bungkusan syabu seberat 155kg bernilai RM7.8 juta.

“Serbuan kedua pula pada 10 Ogos lalu di Terminal KLIA apabila polis memeriksa satu bagasi yang dibawa seorang wanita warga asing mengandungi bunga ganja seberat 20.8kg bernilai RM1.66 juta,” katanya.

Shazeli berkata, serbuan ketiga dan keempat dilakukan di Terminal KLIA pada 15 Ogos lalu yang masing-masing membawa kepada rampasan 32 bungkusan bunga ganja seberat 75.2kg bernilai RM6.03 juta dan 7.7kg kokain bernilai RM1.5 juta.

“Serbuan terakhir pada 17 Ogos di kawasan Taman Melawati, Ampang membawa kepada rampasan 243 bungkusan berisi syabu seberat 252.7kg serta 234 bungkusan heroin base dengan anggaran keseluruhan RM19.7 juta,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here