Tan Sri Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memilih untuk berdiam diri berhubung kes pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang kini dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dasar menghormati proses mahkamah yang sedang berjalan.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau hanya akan memberi kerjasama kepada pihak berwajib yang menjalankan tugas mereka.

Terdahulu, Annuar menjelaskan, setiap kali adanya sebutan berkenaan kes itu, namanya dan gambarnya diketengahkan meskipun melibatkan individu lain dan beliau mungkin sebagai saksi.

“Dalam kes Menara KL ini ramai sudah yang teraniaya dan dijadikan mangsa. Sedangkan yang mendapatnya orang lain, yang menikmatinya orang lain. Yang jujur, yang benar dibenamkan,” katanya menerusi hantara Facebooknya hari ini.

Tambah Annuar, perlu ditegaskan sepanjang pengetahuannya, segala tindakan beliau tidak boleh dipengaruhi apa-apa yang melanggar undang-undang dan prinsip integriti.

Apatah lagi, ujarnya, dalam perkara yang bukan di bawah bidang kuasanya, yang mana semua perkara wajib mematuhi peraturan dan undang-undang.

“Mereka yang berjaya kerana merit mereka adalah hak mereka. Perbualan atau perancangan mereka sesama mereka bukan urusan saya.

“Saya yakin mereka yang benar, tetap benar. Mereka yang dianiayai pasti dapat hak mereka…Insya-Allah,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here