Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali bercakap ketika sidang media selepas melawat tempat kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia dan sebuah kereta sehingga mengakibatkan kematian tiga beranak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 20 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Wanita yang cedera dalam nahas melibatkan tiga beranak yang maut dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini kini berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, wanita berusia wanita berusia 55 tahun itu masih menerima rawatan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Seorang lagi mangsa iaitu isteri kepada mangsa lelaki serta ibu kepada dua perempuan yang meninggal dunia dalam kejadian itu mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Zon Kuning HKL.

“Keadaan mangsa setakat ini sudah stabil. Kita masih belum mengambil keterangan dan selepas keadaanya baik, kita akan dapatkan daripada mangsa,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali melawat tempat kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia dan sebuah kereta sehingga mengakibatkan kematian tiga beranak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 20 OGOS 2026.

Difahamkan, pemandu Proton Saga berusia 55 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan, pemandu lori JIM mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas lima pertuduhan berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Jalan Sultan Ismail semalam.

Akbar Zainol, 43, didakwa memandu lori Black Maria milik JIM secara melulu sehingga menyebabkan kematian Shaik Firdaus Shaik Yahya, 52, serta dua anaknya, Siti Norshazlin Shaik Firdaus, 24, dan Siti Darwisyah Shaik Firdaus, 12. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here