Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Pakistan dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di Islamabad baru-baru ini, telah dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata hasil siasatan mendapati lelaki berusia 32 tahun itu tidak mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan yang disiasat pihak berkuasa negara berkenaan.

Beliau juga mengesahkan lelaki tersebut merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang ditahan dalam operasi khas itu.

“Dia telah dibebaskan dan sudah balik ke Malaysia,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rusdi berkata JSJK akan merakam keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan sepasukan pegawai telah dihantar ke Pakistan bagi membantu siasatan berhubung penahanan rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di negara itu.

Lelaki berkenaan antara 258 warga asing yang ditahan pihak berkuasa Pakistan semasa serbuan tersebut.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here