Sunday, August 23, 2026
Home Dunia Insiden serangan: Narathiwat dikenakan perintah berkurung

Insiden serangan: Narathiwat dikenakan perintah berkurung

Kenyataan rasmi pihak berkuasa Narathiwat yang dikongsikan Kementerian Luar Thailand

BANGKOK – Susulan siri insiden keganasan termasuk serangan letupan dan pembakaran yang melanda beberapa wilayah di selatan Thailand sejak malam tadi, pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung di seluruh wilayah Narathiwat.

Pasukan keselamatan Narathiwat dalam hantaran di Facebook mengumumkan pelaksanaan perintah itu bermula jam 10.15 malam Sabtu hingga 6 pagi Ahad.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa turut mengarahkan penduduk supaya berada di rumah dan perlu mendapatkan kebenaran rasmi daripada tentera, polis atau pentadbiran tempatan sekiranya mempunyai urusan mendesak untuk keluar.

Insiden serangan kebakaran dan letupan di beberapa wilayah selatan Thailand termasuk Narathiwat. – Foto tular

Langkah keselamatan ketat itu dilaksanakan susulan insiden keganasan berterusan yang berlaku di Narathiwat, Yala dan Pattani bermula jam 8 malam tadi waktu tempatan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here