Antara rokok seludup yang dirampas dalam beberapa beberapa lokasi panas sekitar Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Mas termasuk pangkalan haram, jeti serta premis perniagaan. Ihsan Foto : PGA

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan diminta menangguhkan sebarang kenaikan lanjut duti eksais ke atas rokok sah sehingga satu kajian semula dilaksanakan bagi menilai bagaimana jurang harga yang semakin besar berbanding produk haram menyumbang kepada permintaan terhadap rokok seludup.

Bekas Ketua Polis Sarawak, peguam bertauliah dan pakar kawalan jenayah ekonomi, Datuk Dr Yusoff Nook berkata, Beliau berkata, kerajaan perlu menjalankan kajian semula bagi menilai sejauh mana jurang harga antara rokok sah dan produk haram menyumbang kepada permintaan terhadap rokok seludup.

Katanya, walaupun penguatkuasaan dipertingkatkan dan dilaksanakan secara berterusan, kegiatan perdagangan rokok seludup masih berleluasa dan rangkaian terbabit kini semakin menyesuaikan taktik operasi.

“Jika harga rokok sah terus dinaikkan tanpa pelan untuk menangani pasaran haram, kita sebenarnya melebarkan lagi jurang harga yang mendorong lebih ramai rakyat Malaysia memilih alternatif haram,” katanya dalam kenyataan hari ini yang mengulas beberapa siri operasi di sekitar Lembah Klang yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Hidupan Liar/Khas Perisikan Siasatan (WCB/PSK) Bukit Aman.

Sejak Ops Taring Alpha 1 dilaksanakan, bahagian berkenaan merekodkan 13 kes dan 17 tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan RM9.61 juta.

Ia termasuk rampasan bernilai RM1.49 juta dalam serbuan di Semenyih dan Damansara Damai pada 15 Ogos serta RM1.66 juta di Desa Petaling dan Putra Heights pada 17 Ogos.

Di Sarawak pula, Ops Taring Alpha yang dijalankan di 11 daerah termasuk Kuching, Miri dan Bintulu berjaya merampas rokok serta barangan kontraban lain bernilai RM1.94 juta antara 1 hingga 13 Ogos.

Sementara itu, di Sabah, polis marin merampas 134,600 batang rokok seludup bernilai lebih RM167,000 dari sebuah stor di Tenom pada Julai lalu.

Operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan yang merekodkan 44 kes dengan nilai rampasan RM6.21 juta sejak Januari.

Yusoff berkata, usaha agensi penguatkuasaan perlu diberikan pengiktirafan susulan peningkatan jumlah serbuan serta operasi yang lebih pantas dan berasaskan risikan di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

Namun, katanya, perubahan modus operandi rangkaian penyeludupan menunjukkan penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi untuk mengecilkan pasaran haram.

“Setiap kali penguatkuasaan berjaya menutup satu laluan, kegiatan ini akan mencari laluan lain. Selagi pasaran yang menjadi sumber permintaan kepada rangkaian ini masih wujud, penguatkuasaan semata-mata tidak mampu memenangi pertempuran ini,” katanya.

Beliau berkata, tinjauan pengguna terbaharu oleh Wawasanex mendapati 91 peratus rakyat Malaysia yang pernah membeli rokok haram menyatakan harga sebagai sebab utama, manakala 75 peratus menyebut faktor akses yang mudah.

Katanya, dapatan itu menunjukkan isu rokok haram turut didorong faktor kemampuan harga dan akses, bukan semata-mata masalah bekalan.

“Selagi rokok haram lebih murah dan lebih mudah diperoleh berbanding rokok sah, kita akan terus membincangkan isu yang sama setiap beberapa bulan, cuma lokasi yang menjadi tajuk utama akan berubah.

“Ini bukan kegagalan penguatkuasaan. Ia adalah realiti pasaran dan tingkah laku pengguna yang perlu ditangani,” katanya.

Menurutnya, ukuran sebenar kejayaan bukan sekadar jumlah rampasan atau tangkapan yang dilaporkan, sebaliknya sama ada saiz pasaran haram itu sendiri semakin mengecil.

“Setiap serbuan yang kita lihat bulan ini, sama ada di Lembah Klang, Sabah mahupun Sarawak, menunjukkan anggota penguat kuasa kita sedang melaksanakan tugas yang sukar dan memerlukan kemahiran tinggi.

“Pendirian saya tetap sama: ukuran sebenar kejayaan bukanlah berapa banyak rampasan yang dilaporkan dalam berita, tetapi sama ada pasaran haram itu sendiri semakin mengecil.

“Dalam hal ini, masih banyak yang perlu dilakukan kerana kita sudah mengetahui faktor yang mendorong pembeli beralih kepada pasaran haram, iaitu harga dan akses.

“Jika harga rokok sah terus dinaikkan tanpa pelan untuk menangani pasaran haram, kita sebenarnya melebarkan lagi jurang harga yang mendorong lebih ramai rakyat Malaysia memilih alternatif haram,” katanya sambil menyifatkan setiap serbuan yang kita lihat bulan ini, sama ada di Lembah Klang, Sabah mahupun Sarawak, menunjukkan anggota penguat kuasa kita sedang melaksanakan tugas yang sukar dan memerlukan kemahiran tinggi.

Jelas beliau, pendiriannya tetap sama iaitu ukuran sebenar kejayaan bukanlah berapa banyak rampasan yang dilaporkan dalam berita, tetapi sama ada pasaran haram itu sendiri semakin mengecil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here