SPRM hakim
Logo SPRM

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat daripada Pengerusi Pertubuhan Badan Bertindak Generasi Palong (PERBAGI) Mohd Syahrizal Md Yusuf berhubung persoalan dan kebimbangan berkaitan kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula tanaman sawit di Felda Palong 7, Wilayah Raja Alias.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, maklumat itu melibatkan program pembangunan yang dilaporkan memberi manfaat kepada kira-kira 450 peneroka.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk aspek pembekalan, penghantaran, penyimpanan, umur serta pematuhan spesifikasi anak benih sawit yang dibekalkan.

“SPRM mengambil maklum dakwaan dan kebimbangan yang dibangkitkan serta akan meneliti maklumat berkenaan bagi menentukan sama ada terdapat sebarang elemen yang mempunyai kaitan dengan kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM,” katanya.

SPRM turut mengambil perhatian terhadap permohonan supaya aspek teknikal berkaitan kualiti dan pematuhan spesifikasi anak benih diperiksa oleh agensi teknikal berkaitan.

Katanya, sebarang tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan hasil penelitian serta maklumat yang diperoleh.

SPRM juga menegaskan, penerimaan maklumat tidak bermaksud mana-mana pihak telah melakukan kesalahan dan perkara tersebut tidak wajar dianggap sebagai satu kesimpulan terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here