Logo Jabatan Penjara Malaysia. Foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang banduan lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai dipukul beberapa banduan lain di Penjara Marang, Terengganu, Isnin lalu.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas kejadian tersebut.

Menurut kenyataan itu, pihak Penjara Marang yang menerima makluman mengenai kejadian tersebut telah segera membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Merchang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi tujuan bedah siasat,” menurut kenyataan Jabatan Penjara Malaysia hari ini.

Katanya, siasatan turut merangkumi punca kejadian serta penglibatan mana-mana individu yang berkaitan.

“Jabatan ini memandang serius kejadian ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus,” katanya.

Dalam pada itu, orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian berkenaan sementara siasatan masih dijalankan.

Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat yang telah disahkan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

Banduan maut dipukul dipenjara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here