Senarai pemain rasmi MFL.

KUALA LUMPUR – KL City FC akhirnya berjaya mendaftarkan semua pemain baharu mereka dan akan beraksi dengan skuad penuh ketika menentang DPMM FC dari Brunei petang ini dalam aksi ketiga Liga Super musim ini.

Dalam senarai rasmi pemain yang dikeluarkan, kelab ibu kota itu menurunkan 11 pemain dalam kesebelasan utama dan sembilan pemain simpanan.

Sebelum ini, skuad kendalian Datuk Dollah Salleh itu dibelenggu masalah kekurangan pemain kerana tidak boleh mendaftarkan pemain baharu susulan larangan pendaftaran pemain yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Rabu lalu, skuad City Boys yang hanya turun dengan 10 pemain dalam skuad utama tanpa pemain simpanan bagi aksi kedua Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan dibelasah 0-6 oleh Kuching City FC.

Keputusan itu menjadi satu lagi detik malang buat Kuala Lumpur City pada aksi sulung awal musim ini selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan mereka tewas 0-3 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC).

Kemenangan percuma itu diberikan kepada NSFC selepas pertembungan kedua-dua pasukan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu tidak dapat dilangsungkan pada saat akhir kerana beberapa pemain Kuala Lumpur City dijangkiti influenza.

MFL turut mengenakan denda RM50,000 terhadap Kuala Lumpur City serta kelab itu juga dikehendaki membayar semua ganti rugi dan kos berkaitan yang diputuskan badan pengelola Liga Malaysia itu.

Keputusan itu dibuat selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL mendapati KL City FC gagal menguruskan urusan pendaftaran pemain lebih awal sehingga menyebabkan gagal menyediakan pasukan lengkap untuk beraksi menentang NSFC. – MalaysiaGazette

Foto FB KL City.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here