Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa dan Mohd Sani Harul.

IPOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus bekerjasama rapat dengan Wisma Putra, dalam membantu mengesan dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang masih gagal dihubungi, susulan banjir kilat dahsyat dan insiden tanah runtuh di Rasuwa, Nepal.

Menterinya Nga Kor Ming berkata kementerian, sedang sedaya upaya mendapatkan maklumat terkini dua “wira merah” itu yang termasuk antara lebih 50 rakyat Malaysia yang masih terputus hubungan.

“Saya juga meminta seluruh rakyat Malaysia berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan dua wira merah, yang setakat ini belum dapat dikesan. Kita memang sangat berharap mereka dapat selamat, kedua-dua mereka anggota cemerlang,” katanya.

Nga berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Jom Makan Ipoh di sini, malam tadi.

Sebelum ini dilaporkan dua pegawai tersebut iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat JBPM Mohd Sani Harul dan Pegawai Akademi JBPM Wilayah Tengah Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, dilaporkan gagal dihubungi.

Kedua-dua pegawai lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC), yang mula bertolak ke Nepal pada malam Isnin, minggu lepas.

Sementara itu, beliau berkata kementerian melalui JBPM sentiasa berhubung rapat dengan dengan keluarga dua anggota terlibat. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here