GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di kawasan parkir sebuah perumahan di Lebuh Sungai Pinang 7 di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.59 petang.
“Mangsa berusia 62 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pemeriksaan ke atas mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
“Lelaki berkenaan juga merupakan penduduk setempat di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan media di sini.
Tambah beliau, satu laporan mati mengejut (LMM) dibuka bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Terdahulu, mangsa ditemukan penduduk di tempat duduk pemandu selepas mereka berasa curiga melihat lelaki berkenaan tidak bergerak, sedangkan enjin kenderaan masih hidup. – MalaysiaGazette
















