Logo SPRM di Putrajaya. Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 sebagai balasan mendapatkan geran dan pinjaman di bawah skim pembiayaan kewangan usahawan bumiputera untuk dua buah syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan.

Perintah reman selama tujuh hari bermula 4 September sehingga 10 September 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Aliaa Anwar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi semalam.

Suspek wanita berusia lingkungan 60-an itu telah ditahan kira-kira jam 6.45 petang 3 September 2026 di sekitar Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan tersebut pada Mac 2025 dan disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here