Barisan Nasional tidak seharusnya terikat dengan permusuhan politik pihak lain dalam menentukan strategi dan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya perlu berhati-hati dalam menentukan percaturan politik kerana seteru politik sentiasa mencari kelemahan untuk dimanfaatkan.















