SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan beliau dan kerajaan negeri memberi sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Saya bersama Kerajaan Negeri menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan media Undang Yang Empat semalam.

“Apa jua pandangan Undang Yang Empat adalah hak mereka. Fokus saya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri,” ujar beliau.

Semalam, Sekretariat Undang Yang Empat dalam kenyataan menuntut pentadbiran kerajaan negeri, terutama Setiausaha Kerajaan Negeri mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz yang didakwa ditandatangani oleh Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here