SMART MAS-01 selamat tiba di Kathmandu, Nepal, semalam.

KUALA LUMPUR – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 selamat tiba di Kathmandu, Nepal, bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR), semalam.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pasukan itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan sebelum menyelesaikan proses ketibaan dan protokol misi termasuk pelepasan logistik serta pengesahan anggota pada jam 4.30 petang.

Katanya, pasukan berkenaan kemudiannya bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia di Nepal bagi menerima taklimat berhubung situasi semasa.

“Penyelarasan seterusnya akan dibuat bersama Kedutaan Besar Malaysia dan agensi pengurusan kecemasan tempatan bagi menentukan aturan penugasan pasukan,”katanya menerusi kenyataan.

NADMA berkata, pelaporan harian misi akan diselaraskan antara agensi itu dengan Kedutaan Besar Malaysia di Nepal.

“Kedudukan keseluruhan pasukan dilaporkan baik dan tiada sebarang isu berlaku setakat ini,” katanya lagi.

Terdahulu, pasukan SMART MAS-01 berlepas pada 8.50 pagi semalam, bagi menumpukan usaha di kawasan terakhir rakyat Malaysia itu dilaporkan berada di Nepal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here