Seramai 9,000 umat Islam di enam taman perumahan sekitar Bertam bakal menikmati kemudahan Masjid Kariah Baharu Seri Bertam yang dijangka siap pada 2028.
Masjid berkapasiti 1,500 jemaah itu akan mula dibina hujung tahun ini dan dijangka mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan.
Pembinaan masjid berkenaan melegakan penduduk yang selama ini terpaksa bergerak sehingga 10 kilometer serta menyeberangi Lebuhraya SPA untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Bertam Hulu atau pekan Sungai Udang.
#malaysiagazette #MeSRa #MasjidKariahBaharuSeriBertam















