Ab Rauf menyantuni rakyat pada program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat @ Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang memasuki siri ke-27, di Jeti Paya Lebar Eco - Cruise Sungai Linggi Jeti Masjid Tanah di sini hari ini.

MELAKA – Kerajaan negeri tidak perlu bermain politik yang memburukkan atau menyerang pihak lain kerana rakyat mampu menilai kepimpinan berdasarkan kerja dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pendekatan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berteraskan politik kasih sayang menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), bukannya politik kebencian.

Menurutnya pendekatan itu diterjemahkan menerusi pelbagai program turun padang termasuk Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat dan Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang memberi ruang kepada rakyat menyampaikan aduan serta permasalahan secara terus kepada kerajaan.

“Kita ialah pimpinan yang menaungi rakyat. Kita tak pernah cerita buruk orang. Kalau dengar orang lain cakap buruk tentang orang, kita tak ada cerita sakau sana, kita tak ada cerita sakau-menyakau ini, tak pernah, tak perlu.

“Kerana rakyat tahu apa kita buat. Kita sayang rakyat di bawah gagasan MeSRa ataupun Melaka Sayang Rakyat,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka.

Ab Rauf menyampaikan bantuan pada program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat @ Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang memasuki siri ke-27, di Jeti Paya Lebar Eco – Cruise Sungai Linggi Jeti Masjid Tanah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat @ Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang memasuki siri ke-27, di Jeti Paya Lebar Eco – Cruise Sungai Linggi Jeti Masjid Tanah di sini hari ini.

Hadir sama ADUN Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara berkata, pendekatan kerajaan negeri itu turut dapat dilihat menerusi tanggungjawab yang dilaksanakan wakil rakyat dalam memastikan amanah diberikan rakyat ditunaikan.

Mengulas mengenai pelaksanaan program berkenaan, Ab Rauf berkata, Jelajah Ketua Menteri kini memasuki siri ke-24 dan keseluruhan siri berkenaan akan berakhir di DUN Tanjung Bidara bermula 12 hingga 19 September ini.

Sepanjang pelaksanaan kedua-dua program itu, lebih 4,000 aduan diterima di setiap kawasan, dengan kira-kira 71 peratus daripadanya berjaya diselesaikan hasil kerjasama kerajaan negeri dan kepimpinan setempat.

“Selebihnya kita akan membuat kajian dan penelitian untuk kita mengambil langkah-langkah seterusnya bagi menyelesaikan baki masalah berkenaan.

“Saya lihat penerimaan rakyat amat baik dan kita akan terus berkhidmat untuk rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here