KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan perbincangan bersama ADUN BN dan Pas malam ini bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan.
Menurutnya, perbincangan itu bertujuan mengkoordinasikan usaha bagi mencari penyelesaian terbaik tanpa mencampuri urusan pentadbiran negeri.
“Saya sendiri pada malam ini akan mengadakan mesyuarat bersama seluruh ADUN Barisan Nasional dan juga ADUN daripada Pas serta parti-parti lain untuk saya mengkoordinasikan, bukan untuk campur tangan, tetapi untuk cari jalan yang terbaik bagi penyelesaian kemelut yang sedang dihadapi di negeri ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), hari ini.
Mesyuarat itu akan diadakan malam ini di Menara Dato’ Onn.
Tambah Ahmad Zahid, mesyuat itu bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut itu perlu dibuat di peringkat negeri dengan mengambil kira Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, adat serta peraturan yang ditetapkan. – MalaysiaGazette
Lagi menyusul…
















