PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media berkenaan rombakan Kabinet pada 11 pagi ini.
Katanya, rombakan Kabinet itu bakal menyaksikan pertambahan beberapa anggota namun saiznya lebih kecil berbanding kerajaan terdahulu.
Beliau juga mengesahkan akan memindahkan beberapa tugasnya.
“Ada sikit pertambahan, tapi lebih kecil dari Kabinet kerajaan sebelum ini
“Saya akan memindahkan beberapa tugas dan tanggungjawab saya,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan.
Dilaporkan, Istiadat Angkat Sumpah Menteri dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada jam 3 petang ini.
Ia termasuk angkat sumpah untuk rombakan Kabinet pertama di bawah Anwar. – MalaysiaGazette
















