Home Dunia Pesawat terhempas: Trump ucap takziah kepada Putin

Pesawat terhempas: Trump ucap takziah kepada Putin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin berikutan insiden sebuah pesawat terhempas dekat Moscow, kelmarin.

Menurut White House, Trump menyampaikan ucapannya menerusi perbualan telefon antara kedua-dua mereka yang berlangsung tidak lama selepas nahas terjadi.

“Trump menghubungi Putin bagi menyampaikan ucapan takziah atas kejadian membabitkan pesawat Saratov Airlines pada 11 Februari lalu.

“Presiden Trump turut menyatakan kesediaan Amerika Syarikat untuk membantu pihak berkuasa Rusia dalam menjalankan siasatan,” kata White House ketika mengulas mengenai perbualan telefon itu.

Pada masa sama, dimaklumkan kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan isu damai Asia Barat, menjelang pertemuan antara Putin dan pemimpin Palestin, Mahmud Abbas.

Untuk rekod, pesawat terbabit terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang Domodedovo dan mengorbankan 71 mangsa. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast