Foto Arkib MG

KUALA LUMPUR – Desas-desus bertiup kencang bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat mandat untuk meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu.

Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan parti itu, Bersatu diberikan tanggungjawab untuk menentang DAP dalam misi merampas kerusi berkenaan pada 11 Mei depan.

“(Parti) Bersatu (dapat mandat letak calon di PKR Kuala Kubu Bharu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Perikatan Nasional (PN) dijadual mengumumkan calon mereka pada jam 8 malam ini di Bandar Utama Batang Kali oleh Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semalam, DAP mengumumkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Kuala Kubu Bharu.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

MalaysiaGazette sedang nendapatkan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengesahkan perkara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast