Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada pada Majlis Minggu Halal Sedunia (WHW) 2018 di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melakukan siasatan terhadap kes Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita akan lakukan siasatan. Polis akan lakukan siasatan,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita ketika ditanya mengenai kes berkenaan di sini, hari ini selepas merasmikan Minggu Halal Dunia.

Terdahulu Rizalman yang mengadakan sidang media pagi tadi menafikan dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas ditahan di sebuah kelab hiburan di ibu negara, awal pagi Isnin lalu.

Rizalman dalam sidang media itu percaya dakwaan itu adalah satu perangkap yang bermotifkan politik bagi merosakkan nama baiknya, namun tidak tahu siapa yang melakukannya.- BERNAMA

Saya diperangkap – Rizalman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast