Anggota bomba menemukan dua warga emas lelaki dan wanita mati dalam rumah mereka di Taman Mewah, Kluang, semalam

KULAI – Kelibat dua beradik warga emas yang tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu terjawab apabila ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di Taman Mewah di sini semalam.

Difahamkan mayat adik-beradik itu ditemukan selepas seorang jiran mereka selepas terhidu bau busuk dari rumah mereka sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tan Seng Lee berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan dua warga emas itu yang berusia 65 dan 67 tahun itu semalam.

“Ya, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara ini dan kes itu masih dalam siasatan.

“Siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut buat masa ini,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan 1 Fauzi Che Deris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.37 tengah hari.

Beliau berkata, enam anggota dan sebuah jentetra Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, dua warga emas termasuk seorang perempuan dan seorang lelaki didapati terkunci dalam rumah.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir dan membuat pemeriksaan di Lokasi mendapati kedua-duanya mangsa meninggal dunia,” ujarnya.

Tambah beliau, operasi tamat pada pukul 1.58 tengah hari.- MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast