MUAR – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lori sebelum digilis dalam kejadian di Jalan Bukit Pasir di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian pukul 7.10 petang itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dari bandar ini dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jorak, Bukit Pasir.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun, menunggang motosikal dari bandar Muar dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jorak, Bukit Pasir.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama sebelum mangsa terjatuh dan digilis tayar lori tersebut.
“Pada masa yang sama, mangsa turut dilanggar beberapa kenderaan lain yang melalui jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, tiada kenderaan yang berhenti atau menyedari kemalangan berlaku kerana cuaca hujan lebat.
mangsa turut dilanggar beberapa kenderaan lain yang melalui jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, tiada kenderaan yang berhenti atau menyedari kemalangan berlaku kerana cuaca hujan lebat.
mangsa turut dilanggar beberapa kenderaan lain yang melalui jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, tiada kenderaan yang berhenti atau menyedari kemalangan berlaku kerana cuaca hujan lebat.
Mangsa ujarnya, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini bagi tujuan bedah siasat.
Raiz Mukhliz berkata, usaha mengesan pemandu lori berkenaan sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan polis.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun serta denda maksimum RM50,000.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian kemalangan itu diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati, terutama dalam keadaan cuaca hujan,” katanya.- MalaysiaGazette
















