Tasik Dayang Bunting

KUALA LUMPUR – Prosedur Operasi Standard (SOP) riadah pengunjung di Tasik Dayang Bunting, Langkawi diperketatkan bagi mengelak kejadian lemas di tasik itu berulang, kata syarikat pengendali tasik itu, Langsura Geopark Sdn Bhd.

Pengurus Besar Mohamad Zuhri Abd Rashid, berkata antara langkah yang diambil adalah penegasan semula peraturan pemakaian jaket keselamatan.

“Pemantauan lebih ketat akan dilaksanakan di kawasan rekreasi air.

“Semua pengunjung diingatkan sentiasa mematuhi arahan kakitangan bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast