Kuala Lumpur Court Complex MACC MEIO case items evidence Hasanah Abdul Hamid
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekas kerani kewangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) KL mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas 23 pertuduhan memalsukan resit kerajaan membabitkan kerugian lebih kurang RM63,000.

Berdasarkan pertuduhan, Mizatul Hafiza Mohamad tanpa peguam melakukan perbuatan itu antara Mac tahun lalu dan tahun ini didakwa memalsukan resit Jabatan Logistik IPK KL.

Wanita, 41 tahun itu didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang juga boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksan.

Hukuman tersebut memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda bagi setiap pertuduhan.

Hakim, Azrul Darus kemudian menetapkan 20 Jun untuk sebutan hukuman terhadap tertuduh.

Beliau turut menetapkan ikat jamin debanyak RM40,000 sementara menunggu tarikh sebutan tersebut.

Dalam pada itu, Mizatul turut berdepan dengan 20 pertuduhan melakukan pecah amanah.

Tuduhan tersebut dibacakan di mahkamah sesyen lain.

Berdasarkan pertuduhan, Mizatul antara September 2023 hingga 15 Januari tahun ini didakwa melakukan jenayah itu  di Jabatan Logistik IPK KL.

Dia dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda bagi setiap kesalahan.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan berkenaan dan minta dibicarakan.

Hakim, Hamidah Mohamed Deril kemudian menetapkan jaminan RM44,000 bagi 20 pertuduhan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast