KUALA LUMPUR – Seorang gadis berumur 14 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan Jalan 21/33 Seapark pada jam lebih kurang 2 petang, sejak 15 Mei lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar, Angel Ho Kha Suen merupakan remaja tempatan berketinggian 160 cm dengan berat 45 kilogram

“Angel ialah gadis kacukan Cina dan India, berkulit cerah dan rambut lurus hitam panjang sehingga paras pinggang,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang yang mempunyai maklumat tampi ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.   

“Atau berhuhung dengan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Ainaa Athira di talian  010-2762186,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast