Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian - Foto Tular

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 157, Jalan Kuala Lumpur–Kuantan, Temerloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata nahas pada jam 4.10 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Temerloh.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah lori jenis Nissan yang dipandu lelaki berusia 38 tahun pula datang dari arah bertentangan, iaitu dari Temerloh ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan dipercayai membelok ke simpang kanan dan dalam masa sama telah dilanggar oleh motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus.

“Mangsa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan.

 Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast