Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau kini memberi sepenuh tumpuan kepada pelbagai projek kerja yang sedang diusahakan. Katanya, beliau berasa gembira dengan apa yang sedang dilakukan ketika ini dan tidak merancang untuk kembali menyertai politik sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.















