Gambar hiasan

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2025 di seluruh negeri bermula hari ini sehingga 10 Jun depan.

Katanya, operasi memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya agar kadar kemalangan dan kematian di jalan raya dapat dikurangkan.

“Antaranya, JPJ Pahang memberi penekanan terhadap kesalahan tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memotong di laluan kecemasan.

“Pemeriksaan turut dijalankan terhadap pengangkutan awam bagi memastikan aspek teknikal, jadual perjalanan dan keboleharapan perkhidmatan terjamin,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

JPJ Pahang katanya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan sepanjang tempoh operasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast